Kesedaran Mahasiswa Dalam Kesiapsiagaan Memberi Bantuan Bencana Banjir

  • Zulkifli Che Hussin Bahagian Antropologi dan Sosiologi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia.
  • Sivamurugan Pandian Bahagian Antropologi dan Sosiologi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia.
Keywords: Mahasiswa, Universiti Sains Malaysia, bantuan, banjir, kesukarelawanan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang kesedaran mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) dalam kesiapsiagaan memberi bantuan bencana banjir. Hampir setiap tahun Malaysia mengalami bencana banjir tidak mengira tempat atau negeri. Manakala mahasiswa yang bertindak sebagai sukarelawan merupakan elemen yang penting semasa proses bantuan. Amalan semasa dan pada masa depan di dalam mengendali atau menguruskan bencana banjir seharusnya melibatkan penyertaan dari kalangan mahasiswa universiti.  Hal ini menjadikan mahasiswa akan terdedah kepada tindakan kesiapsiagaan untuk menghadapi pengurusan bencana banjir di dalam komuniti. Persoalannya, adakah kesedaran dalam kalangan mahasiswa dalam kesiapsiagaan memberi bantuan banjir? Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati kesedaran mahasiswa adalah terletak kepada diri masing-masing selain daripada pendedahan dari pihak universiti dalam memberi kesedaran dan kesiapsiagaan untuk memberi bantuan bencana banjir. Penglibatan mahasiswa dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif dalam diri mahasiswa tersebut

Statistics
Abstract views: 1021 , PDF downloads: 936

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2023-12-21
How to Cite
Che Hussin, Z. and Pandian, S. (2023) “Kesedaran Mahasiswa Dalam Kesiapsiagaan Memberi Bantuan Bencana Banjir”, Asian Social Work Journal, 8(5), p. e00273. doi: https://doi.org/10.47405/aswj.v8i5.273.
Section
Articles